Pustaka Peringatan P. Ramlee

Pustaka Peringatan P. Ramlee atau Memorial P.Ramlee merupakan tarikan di Kuala Lumpur, Malaysia. Memorial ini terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee (juga dikenali sebagai Taman Forlong) di Setapak. Ia dibina pada 11 Julai 1986, bagi memperingati sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni.Pustaka ini mempuyai beberapa bahagian untuk mempamerkan kejayaan dan sumbangan beliau dalam industri perfileman negara kita. Tokoh seni yang bukan calang-calang orangnya ini banyak berjasa demi perkembangan dunia filem tanah air. Bangunan ini menjadi sumber rujukan kepada pencinta seni tanah air sebagai sumber ilham. Sudut pameran yang tersergam indah dengan ruang koleksi filem P. Ramlee, kejayaan serta anugerah beliau dan barangan peribadi menjadi tarikan sehingga ke hari ini. Realitinya, Pustaka Peringatan P. Ramlee menjadi mercu tanda bagi perkembangan industri filem Tanah Melayu.